11 June 2017

PEMILIHAN AWAL LASKAR MUDA 216/17 Pt. 2

Assalamualaikum dan Hi !
tak jawab dosa, Hiks !

Pada 13 April 2017, tepat pukul 6.30 pagi aku keluar memandu kereta sewa ke Kem Paya Jaras RPS sungai buloh Selangor. Saja keluar awal, satu sebab nervous dan kedua untuk elak kesesakan lalu lintas. Biar sampai awal asal tak terlambat.

Pemakaian aku ada baju tshirt putih, sluar sukan dan kasut sukan. Aku bawak beg galas bersama sebab senang aku boleh isi fail document dan makanan ! haha. Dari ampang menuju ke sungai buluh, ambil masa 45 minit .. Alhamdullilah tak sesat. memang aku berpandukan waze. Thank you waze sebab bantu. hihi.

Sampai saja di kem paya jaras, guard suruh aku pandu masuk kedalam, tak perlu letak kenderaan di luar. Jauh jugak la dewannya.. siapa yang berjalan kaki tu, memang penat la ceritanya. Pergi penat, balik penat. huu.. aku sampai around pukul 7.15 pagi. Parking di depan dewan. Ramai juga yang hadir, ada yang datang seorang, ada yang bawa 1 family, ada yang parents dia drop je.. seronok sebenarnya tengok. Yang penting semua berpakaian sukan dan kasut sukan.

Pukul 8 pagi kami di kerah suruh beratur di hadapan dewan kemudian di bahagikan kepada lelaki dan perempuan. Setelah diberi taklimat, kami dipecahkan lagi bahagian iaitu siapa yang apply melalui online JOMMASUKTENTERA dan walk-in. Aku apply online, so group aku masuk dalam dulu. dalam dewan lelaki dan perempuan dipisahkan menjadi dua kumpulan.
Kami diberi satu form untuk diisi tapi sebelum itu diberi taklimat serba sedikit. Form tu hanya boleh diisi dengan penberwarna hitam. Tolong bawa PEN HITAM biasa tu.. jangan pen basah pulak !! haha. kalau pen hilang.. jangan risau, boleh beli pen dengan pegawai dalam dewan itu.  Masa dalam ni, jangan la nak main hp ke, nak becakap, senyum sana sini.. yer la, datang mintak kerja bukan melancong. yer idak ?? Bila pegawai bagi taklimat tadah telinga dah dengar. kita nak memohon jangan nak banyak peel.

Selepas taklimat dah habis, bermulalah sesi tapisan.

1. siapa yang terang berderang pakai cermin mata tu, tak perlu datang pun tak pe. Kesian nanti pulang sebelum mula.

2. tapisan umur, seperti yang diiklan kan, mereka mencari calon umur diantara 18 hingga 25 tahun untuk lelaki dan perempuan. Macam saya umur 25 tahun, tapi hari jadi pada 25 oct 2017 , so kiranya saya masih 24 tahun 6 bulan.

3. status yang dikehendaki hanya bujang. Kahwin tak boleh, duda/janda saya tak pasti.

4. SPM bahasa melayu Gred D, E, F dan G akan disuruh pulang, sebab syarat mintak SPM wajib kepujian/credit iaitu gred A,B dan C sahaja.

5. Check BMI , Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) 18 – 23 (Wanita) dan Ukuran dada biasa 76 sm dan kembang 81 sm (lelaki sahaja).

6. check kaki dan tangan. Tangan kalau bengkok memang tak boleh. untuk kaki, dia suruh angkat seluar sampai atas lutut. pegawai tengok urat belakang lutut, Jika urat timbul, kira gagal. Lepas tu check tapak kaki. tapak kaki mesti ada curve, tak boleh flat foot.

ini perbezaan flat foot dan normal foot



dari tapak kaki kita boleh tahu bone structure seseorang itu



7. check penglihatan. Pegawai suruh kita berdiri jauh.. dan dia akan tunjuk mana mana abjad kecil dan besar, kita mesti kata dengan betul dan jelas. mula check mata kiri kemudian kanan. Selepas itu check warna, ada satu buku ni, kita kena cakap nombor yang tertera. Siapa pernah duduk ujian kenderaan yang L tu.. haa mesti tahu macam mana kan ? hihi..

8. yang terakhir sekali check dokumen sorang pergi dekat meja pegawai.  Part ni siapa yang gagal memang sayang. Sebab dah separuh hari berkampung sekali kena balik sebab terlupa bawa dokumen yang mereka mahu. Dokumen yang paling penting adalah :

  • Kad Pengenalan Asal  dan 1 salinan
  • Sijil SPM Asal dan 1 salinan *sijil spm yang kertas nipis putih tu mereka tak terima. GAGAL
  • Surat beranak Asal dan 1 salinan
  • Sijil berhenti sekolah Asal dan 1 salinan
  • Sijil salinan kelahiran ibu/bapa

Bagi yang dah lepas pemilihan awal tu, TAHNIAH !! sekarang hanya tunggu tawaran untuk ke pemilihan akhir laskar muda 216/17, tawaran akan sampai dalam bentuk pos express beserta waran keretapi/bas.
Nanti aku update bila dapat tawaran pemilihan akhir yer :D

**Pada awal post aku dah bagitau kena bawak pos express sekali, kalau tak bawak jangan risau. Pegawai bantu kamu untuk belikan pos express. Kamu bawah cash jer :D baik kan dorang !**

Alhamdulillah aku lepas semua tapisan tersebut !!

Habis dalam pukul 1.30 tengah hari. Oh lupa nak mention, kalau boleh makan la kenyang kenyang sebelum pergi sebab ada kumpulan yang tak sempat nak rehat tengah hari. Macam kumpulan perempuan dari rasanya  seratus lebih kemungkinan hanya tinggal dalm 20++ .. jadi kami sempat la beli hot dog dekat luar dewan tu. Kemudian, pergi tandas sebelum taklimat atau kasihan dorang kena ulang ulang info lagi sekali dekat kamu sorang. Jalan jangan la terkedek kedek, dorang kejar masa,  dorang pun penat.  Kita hormat kerja dorang and tak salah mudahkan sikit. Be considerate okay ! :D

sila klik sini untuk baca seterusnya  :

persiapan ke sana



1 comment:

  1. Kalau bengkok sejak lahir pun tkboleh ke untuk tudm?

    ReplyDelete