10 June 2017

PEMILIHAN AWAL LASKAR MUDA 216/17 Pt. 1

Assalamualaikum dan Hi !
tak jawab dosa, Hiks !


Macam mana aku boleh tiba - tiba terfikir nak sertai tentera laut? Memang tak pernah terlintas pun korang ! Memang tak pernah terfikir..  Masa tu dah frust sangat dah apply kerja gomen asik tak pernah kena panggil pun. haishh... So out of blue, aku saja bukak pasal tentera ni. Baca punya baca.. why not if aku cuba saja. alaa hantar application je kan :)  dapat tak dapat belakang cerita. janji apply, so tak de lah masa akan datang duk menyesal nagis tepi bucu katil. kikiki

So pada 22 march 2017 aku apply online dekat laman web JOMMASUKTENTERA , daftar dan siap kan semua document apa dia nak, sebagai contoh.. Salinan scan kad pengenalan, gambar passport, surat berhenti sekolah dan sijil spm. Yang ni semua kena masukkan  dalam website tersebut and mestilah kena isi few detail diri dalam tu. Masa aku submit form online, seingat aku time tu dah nak tutup date submission. Dah siap submit semua, berdoa la dapat pemilihan awal. Oh fyi, kalau sesiapa yang tak tahu nak isi online macam mana.. boleh saja walk in masa di pemilihan awal. Cuma kena rajin tengok di facebook TLDM, dorang ada update lokasi di seluruh negeri. Make sure bawa document yang diperlukan ! Document apa ? nanti aku explain. 



Dapat panggilan untuk pemilihan awal

Pada 02 april 2017 aku dapat email mengesahkan aku dapat panggilan untuk Pengambilan Awal Laskar Muda 216/2017. Maka excited la aku ! haha even baru pemilihan awal. Maklumlah first time kata kan... ! kikiki

Sebelum ke sana kena la prepare beberapa document. Kalau tertinggal document pun boleh kena pulang dengan sia sia sebab atas kecuaian diri sendiri. Masa ni, mesin fotostat dan aku berpisah tiada ! hahaha. Lebih baik prepare dari tak, biarlah orang kata aku over walaupun pemilihan awal je. Haha. Janji aku prepare. Disini aku senaraikan document yang dorang mintak, sebagai contoh

1. kad pengenalan / my kad 1 salinan
2. sijil kelahiran pemohon
3. sijil SPM
4. sijil berhenti sekolah 
5. sijil kelahiran ibu dan bapa 
6. sijil penglibatan sukan/persatuan dan sijil akademik lain
7. pos express berukuran 299mmx162mm 
8. perlu berpakaian sukan
9. waktu pendaftaran dibuka pukul 8 - 9 pagi. lebih dari itu, dorang suruh balik jer, so better datang awal k. 
10. bawa alat tulis

nota kaki
a) Bagi yang masa apply online, dia tak masukkan gambar ukuran passport atau tak cukup document yang dorang mintak. Sila bawak copy .. sebab nanti dekat sana dorang akan mintak bagi by hand
b) Siapa tak sempat beli pos express, jangan risau dorang akan mintak awak bayar dah tolong belikan untuk awak. Andai awak tak dapat pemilihan akhir tu, wang tersebut akan didermakan :D 
c) Pada sesiapa yang pakai ic sementara sebab hilang ic ke, ic rosak tengah buat ke.. dorang tak terima surat. dorang nak tengok solid molid ic warna biru tu yer. sila cuba lagi 


sila klik sini untuk baca seterusnya  :
part two 
part three

persiapan ke sana
part four

No comments:

Post a Comment