10 July 2017

Persiapan pertama ke Pemilihan Akhir Laskar Muda TLDM Pt. 4

Assalamualaikum dan Hi !
tak jawab dosa, Hiks !

Hari ni keluar rumah pukul 8 pagi sebab nak buat chest x-ray. Aku pergi klinik kesihatan ampang jer, senang sangat. bawak surat tunjuk dekat kaunter amik nombor tu.. dia suruh aku direct pergi ke bilik 21. Aku masuk dan pegawai tu bagi aku form untuk aku isi, selepas isi terus boleh buat pembayaran di kaunter tiga.. 

Okay.. part di kaunter tiga, aku tunggu bukan main lama.. lamaaa la jugak. tercanggak kat situ, tak bergerak. dalam hati asik tengok orang depan potong que, tapi orang depan aku ni tak bergerak ! HAAA ... sekali orang ni bukan que kaunter tighaa pun ! errrr..rrrrr.. sis stress .. hahah

Dah siap bayar terus gerak pergi Hospital Ampang untuk buat chest x-ray.Yer... di klinik kesihatan tak ada tempat x-ray. hanya tempat isi form dan bayar sahaja. Tak lama pun tunggu buat chest x-ray ni.. kejap jer.. 

Sampai tempat x-ray, bagi form yang di tulis tadi, bagi ic.. kemudian dia bagi nombor giliran. Aku dapat jer nombor giliran tu, ada la tunggu dalam 10-15 minit.. dah panggil masuk untuk x-ray. CEPAT kan !! 

Tukar baju, pakai baju putih sahaja, cincin atau benda besi semua kena tanggal dan tak boleh mengandung. So aku  pergi la mengadap badan dekat mesin tu..dan tarik nafas masa  dia scan. Sekali shot je dia amik. dalam 10-15 saat aku baru ngadap kat mesin tu, terus siap. Masuk bilik, tukar baju balik.. pergi tempat menunggu balik sebab tunggu filem x-ray siap. tunggu around3-5 minit centu.. dah siap. Pegawai dekat kaunter cakap, 20 Julai 2017 datang Hospital Ampang balik amik report pemeriksaan dari doktor. Around pukul 10.15am dah siap urusan untuk chest x-ray. 

Medical check-up nak kena buat tak ? Haaa..ini tidak perlu ! sebab nanti dekat KDSI, baru check kat sana okay ? Kita hanya perlu prepare film Chest X-ray dan writting report from doctor pasal chest x-ray ni. okay ? 

** Sepatutnya kejap je dah siap tau urusan, tapi driver lambat amik (hewhewhew), jadi ada delay masa sikit dekat situ. delay masa dia berapa lama ? sempat la aku makan  bihun goreng sepinggan lauk sambal paru dekat depan klinik kesihatan tu.. hhihi.. menyesal gak makan, sebab nampak dalam x-ray tu.. hahaha !! 



1 comment: